Monday, October 31, 2011

PEMUDA UNGGUL DARI KISAH ASHABUL KAHFI

Assalamualaikum...

alhamdulillah...
Allah masih memberi kesempatan kpd kita utk terus menghirup O2 yg percuma ini di atas muka bumi ini...
usrah smlm, naqibah bg homework pd sy utk cari kisah ttg ashabul kahfi nih...
kisah ashabul kahfi ni diceritakan dlm Al-Quran Al-Karim melalui surah Al-Kahf bermula ayat 9-26...
mak selalu pesan, baca surah ni setiap hari Jumaat...
byk fadhilatnya...

surah al-Kahf ni Allah bentangkan satu kisah mengenai sekumpulan pemuda yang beriman dan dengan penuh cekal mempertahankan prinsip hidup mereka. Dalam usia yang masih muda mereka sudah mengenal betapa tingginya nilai iman dan agama sehingga mereka tidak sanggup menggadaikannya walaupun dengan tawaran harta benda yang mahal. Mereka lebih rela mempertahankan iman dan agama mereka biarpun terpaksa hidup dalam buangan dan terasing. Bahkan jika terpaksa mengorbankan nyawa sekalipun, mereka akan sanggup melakukannya.

Kisah ashabul kahfi adalah kisah yang menonjolkan contoh pemuda yang memiliki segenap ciri Pemuda Islam yang sebenar iaitu;

1. Teguh dengan iman dan prinsip hidup sebagai seorang muslim

2. Yakin kepada diri sendiri

3. Berani berhadapan dengan apa sahaja cabaran
4. Sentiasa bersemangat mengharungi liku-liku hidup
5. Mampu berhujjah mempertahankan pandangan dan prinsip hidup
6. Sanggup berkorban
7. Setiakawan dalam mengharungi cabaran bersama
8. Sentiasa menjaga keta’atan kepada Allah walau dalam suasana mana sekalipun


Kisah ashabul kahfi (yang bermaksud penghuni-penghuni gua) diceritakan oleh Allah dengan panjang lebar di dalam surah al-Kahfi, bermula dari ayat 9 hingga ayat 26 (iaitu kira-kira 15 ayat). Sebab turun ayat-ayat yang menceritakan kisah dalam surah al-Kahfi ini sebagaimana yang diceritakan oleh ulama’-ulama’ tafsir ialah;



“Paderi-paderi yahudi berhasrat untuk menguji Nabi Muhammad s.a.w. sama ada ia benar-benar seorang Nabi atau tidak. Lalu mereka menyuruh orang-orang musyrikin supaya menguji baginda dengan bertanyakan tiga kisah yang ajaib yang berlaku pada zaman dahulu iaitu;



1. Kisah pemuda-pemuda yang bersembunyi dalam gua iaitu kisah ashabul Kahfi.

2. Kisah seorang raja adil yang mengelilingi dunia (timur dan barat) iaitulah Iskandar Zulkarnain.

3. Kisah tentang hakikat ruh.



Setelah 15 hari Rasulullah s.a.w. menunggu, maka turunlah wahyu menceritakan ketiga-tiga kisah tersebut”.



Allah memulakan penceritaan dengan membentangkan rasa takjub manusia tentang kisah ini walaupun sebenarnya mereka tidak perlu rasa takjub kerana ia datang dari kudrat Allah, bahkan di sana terdapat banyak lagi tanda-tanda kekuasaan Allah yang lebih hebat dari peristiwa ini (seperti penciptaan langit dan bumi, penciptaan nabi Adam dan sebagainya). Firman Allah;



“Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah ‘ashabul kahfi’ (penghuni gua) dan ‘ar-raqiim’ (anjing mereka) termasuk antara tanda-tanda-tanda kekuasaan Kami yang menakjubkan? (Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdo`a: "Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”. (al-Kahfi: 9)



Ashabul kahfi (penghuni-penguni gua) yang dimaksudkan dalam ayat di atas –menurut para ulama’- terdiri dari tujuh orang pemuda iaitu;



1. Maksalmina

2. Tamlikha

3. Martunus
4. Bainunus atau Nainunus
5. Sarbunus
6. Dzunuanus
7. Kasyfitatanunus



Bersama mereka seekor anjing bernama Qitmir mengekori mereka.



Pemuda-pemuda ini beriman kepada Allah di tengah kekufuran kaum dan bangsa mereka. Identiti mereka sebagai pemuda yang beriman diakui oleh Allah dengan firmanNya;



“Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk”. (al-Kahfi: 13)



Menurut ahli sejarah, kisah ini berlaku pada zaman sebelum kedatangan Islam di satu negeri bernama Afsus yang terletak di Turki (ada pendapat menyatakan di Jordan, dan ada juga mengatakan di Syria). Asalnya penduduk negeri itu beriman kepada Allah dan beribadat mengesakanNya. Namun keadaan berubah selepas kedatangan seorang raja bernama Diqyanus. Raja ini menganut fahaman kufur/berhala dan ia memaksa rakyat di bawah pemerintahannya supaya murtad dari agama Allah yang dibawa Nabi Isa a.s. dan bertukar kepada agama kufur/berhala yang dianutinya. Rakyat yang takut dengan ancaman dan siksaan raja itu terpaksa akur dengan arahan yang zalim itu.



Namun tujuh pemuda beriman tadi tidak mahu tunduk dengan tekanan raja kafir itu. Mereka tetap teguh mempertahankan aqidah mereka walaupun menyedari nyawa dan diri mereka mungkin terancam dengan berbuat demikian. Akhirnya mereka dipanggil mengadap raja itu. Di hadapan raja yang zalim itu, mereka dengan penuh berani dan bersemangat berhujjah mempertahankan iman dan prinsip aqidah ilahi yang mereka yakini. Allah berfirman menceritakan peristiwa mereka berhujjah;



“Dan Kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri (di hadapan raja) lalu mereka berkata (membentangkan hujjah kepada raja): "Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran. Kaum kami ini telah menjadikan selain Dia sebagai tuhan-tuhan (untuk di sembah). Mengapa mereka tidak mengemukakan alasan yang terang (tentang kepercayaan mereka?) Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah?”. (al-Kahfi: 14-15)



Walaupun tidak mampu menjawab hujjah-hujjah yang mantap dari pemuda-pemuda beriman ini, raja yang kufur dan zalim itu tetap berkeras mahu mereka murtad dari agama mereka. Ia memberikan tempoh beberapa hari kepada mereka. Jika selepas tempoh itu pemuda-pemuda ini tetap berkeras, maka mereka akan dimurtadkan secara paksa atau akan dibunuh.



Kerana sayangkan aqidah dan agama mereka, pemuda-pemuda ini bermesyuarat sesama mereka untuk mencari keputusan yang muafakat; apakah tindakan yang sepatutnya diambil untuk mempertahankan diri dan juga agama mereka? Akhirnya mereka memutuskan untuk lari bersembunyi dan berlindung di dalam gua di kawasan pedalaman/kampung. Firman Allah;



“Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah selain Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmat-Nya kepada kamu dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk menjayakan urusan kamu dengan memberi bantuan yang berguna”. (al-Kahfi: 16)



Mereka lari ke pedalaman di kawasan pergunungan bernama Nikhayus. Di situ terdapat sebuah gua dan di situlah mereka bersembunyi dan berlindung. Kebetulan semasa perjalanan mereka ke situ mereka telah diekori oleh seekor anjing bernama ar-raqiim. Maka anjing itu turut bersama-sama dengan mereka berlindung dan menetap di gua itu.



Di dalam gua itu mereka diberi ketenangan dan ketenteraman oleh Allah. Ia telah menidurkan mereka dengan nyenyak dalam gua tersebut. Firman Alalh menceritakan tentang mereka di dalam gua;



“Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya di dalam gua itu bertahun-tahun lamanya”. (al-Kahfi: 11).



Allah ingin menzahirkan bukti-bukti kekuasaanNya kepada hamba-hambaNya melalui peristiwa ini. Maka Allah telah mentakdirkan pemuda-pemuda ini tidur dalam jangka masa yang amat lama iaitu selama 300 tahun (mengikut perkiraan tahun Masihi) atau 309 tahun (mengikut tahun Hijrah).



“Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka selama tiga ratus tahun (dengan kiraan ahli Kitab), dan hendaklah kamu tambah sembilan tahun lagi (dengan kiraan kamu) (yakni menjadi 309 tahun)”. (al-Kahfi: 25)



Walaupun mereka tidur amat lama dan tanpa makan dan minum, tetapi dengan kuasa Allah, badan dan jasad mereka tidak hancur dan musnah. Bahkan Allah menyatakan bahawa; jika kita lihat keadaan mereka di dalam gua itu nescaya kita tidak akan percaya bahawa mereka sedang tidur.



“Dan engkau sangka mereka sedar padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri (supaya badan mereka tidak dimakan tanah), sedang anjing mereka mengunjurkan kedua lengannya di muka pintu gua. Dan jika kamu menyaksikan mereka tentulah kamu akan berpaling dari mereka dengan melarikan (diri) dan tentulah (hati) kamu akan dipenuhi dengan ketakutan terhadap mereka”. (al-Kahfi: 18)



Setelah sampai tempoh yang ditetapkan Allah (iaitu 300 tahun atau 309 tahun), mereka dibangunkan. Ketika mereka bangun mereka sendiri tidak menyedari bahawa mereka tidur dalam jangka masa yang amat lama. Mereka menyangka mereka hanya tidur dalam masa sehari atau separuh hari sahaja.



“Berkatalah salah seorang di antara mereka: "Sudah berapa lamakah kamu berada (di sini?)". Mereka menjawab: "Kita berada (di sini) sehari atau setengah hari….”. (al-Kahfi: 19)



Sebaik bangun dari tidur mereka, mereka terasa lapar. Maka sebahagian dari mereka mencadangkan agar dihantar seorang wakil untuk ke Bandar bagi mencari sesuatu untuk di makanan. Akhirnya mereka memilih Tamlikha untuk ke kota Afsus. Kebetulan semasa mereka melarikan diri dulu mereka membawa bersama bekalan wang perak. Firman Allah menceritakan cadangan sebahagian dari mereka itu;



“Maka suruhlah salah seorang di antara kamu pergi ke kota dengan membawa uang perak kamu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang paling baik (yakni yang bersih dan halal), maka hendaklah dia membawa makanan itu untuk kamu, dan hendaklah dia berlaku lemah lembut dan janganlah sekali-kali menceritakan hal kamu kepada seseorangpun. Sesungguhnya jika mereka dapat mengetahui tempatmu, niscaya mereka akan melempar kamu dengan batu, atau memaksamu kembali kepada agama mereka, dan jika demikian niscaya kamu tidak akan beruntung selama-lamanya”. (al-Kahfi: 19-20)



Lihatlah betapa bersihnya hati dan akhlak mereka. Walaupun dalam keadaan yang gawat dan susah serta kelaparan, tetapi mereka masih berpesan kepada sahabat mereka yang ditugaskan ke kota mencari makanan itu supaya mencari dan memilih makanan yang bersih dan halal. Ini menandakan bahawa mereka adalah pemuda-pemuda yang bertakwa kepada Allah.



Di dalam al-Quran, Allah memerintahkan kita supaya bertakwa kepadaNya sedaya yang kita mampu, dalam keadaan mana sekalipun, sama ada senang atau susah. FirmanNya;



“Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta ta`atlah; dan nafkahkanlah nafkah yang baik untuk dirimu”. (at-Taghabun: 16)



Walaupun Allah menceritakan dalam ayat tadi bahawa pemuda-pemuda amat berhati-hati dan berjaga-jaga agar jangan diketahui orang lain–kerana mereka menyangka raja yang memerintah negeri masih raja yang dulu dan kafir kepada Allah-, namun Allah telah mentakdirkan supaya berita tentang mereka diketahui oleh hamba-hambaNya yang lain bagi menunjukan kekuasaan dan kehebatanNya.



Kebetulan semasa pemuda-pemuda ashabul kahfi ini dibangkitkan Allah setelah tidur 300 tahun lamanya, suasana negeri telah banyak berubah. Raja dan pemerintah negeri merupakan orang yang beriman kepada Allah. Begitu juga dengan kebanyakan rakyatnya. Namun masih terdapat segelintir rakyat dalam negeri itu yang masih ragu-ragu tentang kebenaran kiamat; mereka masih ragu-ragu; bagaimana Allah boleh menghidupkan orang yang telah mati? Apatahlagi yang telah beribu bahkan berjuta tahun lamanya dimakan tanah. Maka bertepatanlah masanya Allah membangkitkan ashabul kahfi pada zaman tersebut dan menzahirkan kekuasaanNya kepada hamba-hambaNya yang masih ragu-ragu lagi.



“Dan demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya mereka mengetahui bahwa janji Allah menghidupkan orang mati adalah benar, dan bahwa kedatangan hari kiamat tidak ada keraguan padanya”. (al-Kahfi: 21)



Allah mendedahkan perihal pemuda-pemuda ashabul kahfi itu semasa wakil mereka itu datang ke kota hendak membeli makanan. Ia merasa hairan melihat keadaan kota dan penduduknya berubah sama sekali. Penduduk kota pula merasa hairan melihat keadaan wakil itu dan mereka semakin syak apabila mereka melihat wang perak yang dibawanya ialah wang zaman dahulu yang sudah tidak laku lagi. Ia dituduh menjumpai harta karun lalu dibawa mengadap raja yang beriman dan mengambil berat hal agama.



Setelah mendengar kisahnya, raja dan orang-orangnya berangkat ke gua ashabul kahfi bersama wakil itu, lalu berjumpa dengan pemuda-pemuda itu sekeliannya dan mendengar kisah mereka. Sejurus kemudian pemuda-pemuda itu pun dimatikan Allah sesudah memberi ucapan selamat tinggal kepada raja yang beriman itu dan orang-orangnya.



Raja mencadangkan supaya sebuah masjid didirikan di sisi gua itu. Sementara itu ada yang mencadangkan supaya mendirikan sebuah bangunan atau tugu sebagai kenangan. Hal ini diceritakan Allah dengan firmanNya;



“Setelah itu maka (sebahagian dari mereka) berkata: "Dirikanlah sebuah bangunan di sisi (gua) mereka, Allah jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka". Orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka (yakni pihak raja) pula berkata: "Sesungguhnya kami hendak membina sebuah masjid di sisi gua mereka”. 
(al-Kahfi: 21)

Sumber diambil dr blog Ustaz Ahmad Adnan Fadzil...Abah pernah jemput beliau bg kuliah jumaat..

semoga, post kali ni memberi sedikit pengetahuan kpd kita ttg bagaimana kisah Ashabul Kahfi itu diceritakan...kdg2 baca tafsir tp x fhm sgt bagaimana flow cerita tu...so kena cari maklumat tambahan dr sumber2 yg sahih...

wallahua'lam...

Friday, October 28, 2011

Sudah tiba...

Assalamualaikum...

alhamdulillah...
dah smpai maidam...
bertolak dr umh akak dlm pkul 2.30pm...
smp cni pkul 5.30pm...
dok sana enjoy2 ng kakak i yg dipanggil kak iela sorg tu ja laa...
plus with kwn beliau kak laila...
tp sedih sbb x kuaq mana2 sbb kak iela bz...
cdg nk p kuantan pg td tp x jadi disebabkan oleh sebab2 tertentu...
hanya sy n kakak sy ja yg tahu....hueheuheueeee~~~~
lepak la dlm umh tu smp tgh hari, kuaq mkn then trus hntr naik bas balik KT...
kak iela ckp "sian dik x p mana pon...jgn xmai plak lps nihh..."
sy kata "hehehehe~~~~mst la mai...bley pau byk2 sket..."(hatiku bermonolog)
chewaahhhh..cam wat novel plakk...
sekali sy p sana, kak sy dah bg 2 helai baju..
chantek plak tuhh...
waaaaahhhhh!!!!
mana leh x p lg lps nihh...
free2 ja dpt baju lawa2...
skg dh pon melaram pkai nak p kuar mkn ng kwn2...
hehehehehe~~~
k la, plan nak kuar lps isyak...
nak solat dulu....
daaaaaaaa!!!c ya...

pssttt...nak mkn pa erkk???

Thursday, October 27, 2011

Semangat!!!


Asslamualaikum...

hehehehhee~~(tersengih-sengih....mcm kerang busuk...)
kerang bley sengih ke???ok melalut...

senornyer, smgt ni bkn smgt halilintar or smgt kuasa bulan ke apa tp smgt nak merasmikan blog yg CHANTEK lg ANGGUN ni....
waahhhh!!!sesuai gituuuuuu....

dah smp umah kak ila klmarin...
dlm kol 12.30tgh hari smp la...
tp skg xtau nak wat pa...
kak ila p qeja..
tgai la sy sorg2 kt dlm umh nihh...
nak masak utk sis i la lunch ni tp dlm peti brg2 dh hbes...
tunggu dia beli brg2 ja...
dun worry sis...
i ni sifu chef wan n jamie oliver tau...
perasan..ketok nak???
hmmm...nak masak pa???
bosan...............................................

Baca SOLUSI isu 37 td..
tajuk yg best "Jangan biarkan Dosa Bersarang di Facebook"...
memikir diri dulu yg jahil ttg nihh...
astaghfirullahal a'zim...
tp Allah tu Maha Pengampun...
sentiasa membuka pintu taubat kepada hamba2-Nya yg mahu kembali ke jalan yg benar...
semoga ak tidak tergolong dlm golongan yg menjadi hamba Facebook n seumpama dgnnya yg mengumpul saham ke neraka...NAUZUBILLAHI MIN ZALIK.....

di antara kesalahan-kesalahan yg tidak disedari smsa bersuka-ria dlm FB :

1) MENDEDAHKAN KEAIBAN SUAMI N ISTERI
 nak luahkan perasaan tp x sedar status yg ditulis itu megaibkan rumah tangga masing2..."abg x belikan syg rantai emas tu...KEDEKUT!!!cerai plzzz..." huhhhhh????

2) TERLEBIH GAMBAR
yes..inilah yg digilai oleh pengguna2 skg terutamanya pangguna wanita...msg2 ingin menunjukkan kecantikan n kelebihan yg dianugerahkan oleh Allah kpd mereka...mmg x dinafikan wanita mmg sukakan kecantikan dan Allah juga sukakan kecantikan..tp adakah kita salurkan kecantikan itu di tempat n kpd org yg sepatutnya...peringatan kpd diri jugak...astaghfirullah...dulu mmg x dinafikan, sy pernah melakukan kesalahan ini...
"Sesungguhnya Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan." (Hadis riwayat Muslim dan At-Tirmidzi).

3) PENYAMARAN
inilah perkara yg ditakuti oleh wanita...kdg2 kalu x approve jd friend mereka guna kaedah lain iaitu menyamar...letak profile pic wanita lain sbg dirinya...errr...so creepy...stalker.....so wanita2 di luar sana, hati2 dgn taktik mcm nih....

4) MUAT TURUN GAMBAR UTK TATAPAN DAN SIMPANAN
ini angkara makhluk Allah yg mempunyai gene XY yg download pics wanita yg bersepah kt dlm FB utk dijadikan tatapan sendiri...makk aihhh...hbeh x dak qeja dah kot...ni lg la creepy...yg lg menakutkan, ada yg wat super-impose ng pix2 tu ng pix yg x senonoh yg mampu bwk fitnah kpd mangsa berkenaan....jd, simpanlah pix2 anda tu sorg2 ataupun utk tatapan suami sudaa....

5) TAGGING GAMBAR TANPA IZIN
fungsi tag ni adalah utk menyebarluaskan lg pix2...malangnya fungsi ni menjadi sumber dosa yg byk...maybe pix yg ditag tu pix yg x tutp aurat, maka makin berantai2 la dosa kan???lg kesian kpd mereka yg dulunya x tutup aurat tp skg dah tutup aurat..lg 1 pix yg mengaibkan...memalukan org yg jd mangsa ja...mana nak letak muka??kerat kepala letak dlm guni...hilang malu...hahaha~~ehem3..mode serius balik..

6) MENGUTUK DIRI SENDIRI DAN KEBAIKAN 
dulu masa zmn sekolah pakai pakaian yg sopan n menutup aurat..tp bila dh masuk univ n keja, mula menukar fesyen yg lebih menarik...bila pix lama tu tersebar, yg sedihnya dia kutuk diri dia sendiri..contoh "tu zmn solehah ak..", "zmn ak ekstrim nihhh", "wah, baiknya ak dulu!!!", "zaman kuno mana la nihh"...tnpa sdr dia telah mengutuk diri sndiri bagaikan dirinya yg skg dah x solehah...takot nnt tnpa sdr terhina cara penutupan aurat tu plak..."kunonya pkai tudung...", "kunonya pkai baju bsr2.."..nauzubillah....

Al-Hujurat, ayat 11

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

KESIMPULAN
FB bleh jadi pusat pengumpulan pahala...n boleh jd pusat pengumpulan DOSA....cara kita mengndalikannya shj yg menentukannya...sekian~~~

Tegurlah sy sekiranya sy salah...diri ini tidaklah sebaik mana..berusaha utk menjadi yg lebih baik...insyaAllah....



Workehhh!!

Asslamualaikum...
alhamdulillah....dah siap kot...
HIJAU???hehehehe~~~
suker3....
tenang n sejuk mata memandang...
bayangkan mcm tgh menikmati flora n fauna la k...
hekhekhekk....
daaaaaaa!!!!

yes...
sdg dating ng BLOG sy...
nak wat make-over...
new style perhaps...
wait n c....
Assalamualaikum..

Wednesday, October 26, 2011

Alhamdulillah...


ye kerr???



Assalamualaikum..

1st of all I'd like to say ALHAMDULILLAH for everything I've gone through today...
this morning, we have End of Posting (EOP) which this was our 1st exam in clinical year.
u have no idea how we were before our turn come up...
duduk camni x kena, duduk cmtu x kena...berdiri pon salah..jalan pon x betol...
SOB, palpitation, sweating, segala...
mcm nak keluarkan jantung dr bdn ja..
mengeluarkan jantung smbil berkata "haa..dok la hg kt luaq...stg hbeh exam ak amek balik.."
mcm bley ja kan...klu x mesti sy lupa nak amek balik...hahahaha~~
conclusion, sympathetic System has been stimulated vigorously....
mmg baca apa pon dah x masuk time tu...
nak menantikan turn dtg tu, Ya Allah...it was very torturing...errgghhh...

~~mcm ni la kot keadaan diri ketika itu...~~

i got a patient...came with swelling associated with multiple pus discharge over her left mid shin 3 days prior to admission (PTA)...
at the same time, she had diabetic foot ulcer (DFU)...
dah la swelling n pus tu painless...alamak,,cmna ak nak guide my history taking..
selalu kalu dapat patient yg ada pain bley guide ng SOCRATES...
tp Alhamdulillah, ada la gak flow history of presenting illnes (HOPI) tu kan....
dah la jrg present...
amek ko...dush3 dan dush lg!!!
dpt HO baik2 xnak present...
kwn2 lain slalu present kt HO....
sbb??
sbb sy bley dpt cop dr supervisor je..
supervisor sy Miss I sgt menyayangi kami...hakahakhakk~~
ya la tuh..asyik kena cubit ja sbb xleh jawab soklan2 beliau...
mmg slalu la kna hentam ng specialist2 lain..hahahahaha...
sy terkenal ng panggilan 'ulnar nerve' sbb peristiwa dlm OT kantoi xleh jawab coarse of ulnar nerve...
salah sapa???
Moggy (my katak) yg x bg baca buku???
or Boyot (my bear) yg ajak bermain-main riang???
or Notty (my turtle) yg ajak tido????
sbb hg tu pandai pemalas Nadiah oiii....(ketuk nak??)
masa present tu ok lg..masa discussion tu agak menghampehkan di situ...
addoooo...kena byk baca lg ni...
tya psal management...
sgt mem'blur'kan nihh....
hentam kromok hbes laa...smbil tersengih2 kambing dpn examiner kan...hehehe~~
(jgn bygkan..HODOH)

~~comel mcm ni???~~~



OR



~~mcm ni???~~
~~hueheuheheuee~~~


lps hbes je Long Case maka berakhirlah suma penderitaan buat posting kali nih..
apa2 pon, i've tried my best...just leave the rest to HIM...
posting surgical lps ni xtau pe'el apa plak yg kuar kan...
tunggu n lihat sj....

esok pg bertolak p umah akak dkt2 sni...
doakan sy selamat pergi n pulang...
c ya....

pssttt..MISS MAK ABAH SO MUCH!!!!