Tuesday, November 29, 2011

Surgical posting.....hhmmmmm...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kpd hmba2 Allah sekalian...

terlebih dahulu, sy ingin mengucapkan tahniah kpd kakak sy, Kak Ila kerana telah berjaya meng'create' satu belog beliau yg sudah lama beliau nanti-nantikan setelah melihat belog sy yg menarik lg ANGGUN ini...
hueheuheuee~~~
post kali ini x byk sgt benda yg nak diceritakan..
cuma nak hbq sikit psai posting terbaru yg x berapa nak baru la sgt sbb dah nak masuk 5th week dah pon kannn....
iaitu posting SURGERY...
ok, utk posting kali ini, sy dilantik sbg ketua posting...
melatih diri supaya sntiasa sbr dgn karenah2 dunia, alert pd jadual even dulu x amek tau sgt pon, learn how to communicate and deal with superiors n the most important thing is it educates me to be RESPONSIBLE!!!
kpd kwn2 maaf sekiranya spnjg sy jd ketua posting, ada kesilapan, terkasar bahasa, terlewat inform, jadual carca-marba n sbgainya...(ucapan ni sepatutnya diucapkan di hujung posting..tp xpa lah, nnt bg yg lbey gempak sikit...hehehehe~~~)

dlm posting ni gak byk bnda yg perlu diingati kalau nak dibandingkan dgn ORTHO dulu...
pe'el MALAS x rajin utk clerk n present case masih lg bermaharajalela walaupun kini dah berada di minggu yg ke-5!!!
ohhhhhh diri...awat laaaa jd lagu nihh...
serius sy kabarkan, (sekema mangkok) pe'el ni semakin lama semakin bertahta di haaaaatiiiiii.....(smbil menyanyi lagu Faradhia..)
keiinginan utk menjadi rajin spt kawan2 ttp ada di benak fikiran tp masih x dpt diluahkan dlm bentuk perbuatan lg...
apakan daya, diri ini masih bersenang-lenang dgn minggu yg belum nak smp ke penghujung posting lg...
kalau dah minggu ke-6 bertambah rajin lah MUNGKIN......
harap2 macam tu la gamoknye yeee.....
mengulangkaji pelajaran pon masih belum dimulakan.....

~~i dont wanna be like this!!~~

skg ni, even dah minggu ke-5, masih lg belom kerani (clerk) case breast dz spt breast cancer, breast abscess etc, hernia and thyroid dz...
cuma mengharapkan kawan2 yg present shj...
hendak meng'clerk' patient dgn hernia (uluran @ angin pasang? @ pasang surut?? @ wateva it is called) sgtlah segan amat sekali...
aduh....(aduhh??hahaha)
nak mintak permission dr patient utk melihat dan memeriksa empunya 'bahagian' amatlah susah sekali...
dr pengalaman kawan2 yg sudah melaluinya, menambahkan rasa keseganan yg bersarang di hati....
ah, persetankan semua itu! (apakah perkataan yg lebih sesuai selain persetankan??)
yg penting sy mencuba!
berpantang undur sebelum menyerah!
wah, sangatlah sekema post kali nihh....
memperkayakan penggunaan bahasa melayu mungkin...hehehe~~

~~ Language Soul Race..??? ~~ 

(kembali ke mode bahasa pasar, penat pk karangan)
x sbq nak hbehkan posting nihh...
myb posting ni x memikat hati lg kot...
kita tgk posting2 yg akan dtg lps nihh...
nak tgk baby!!!!
x sbq nak msk O&G even kbykan doktor2 ckp indah kabar dr rupa...
lps masuk posting tu terus tukar matlamat dr nak jd O&G speacialist kpd speciality yg lain...
ok, xmau expect lbey2 sgt...
stg takot culture shock mungkin...

skg ni amatlah merindui sekali mak n abah...
ini serius!!..............(mcm wonderpet...)
sentiasa menelefon beliau2 tersebut...
hanya suara dpt menenteram @ mententeram @ metenteram (????) hati ini......
bahasa melayu pon kantoi...hahahaa~~
wateva, SPM dh lps kot...Alhamdulillah...huhuhu~~~

k lah, dok melalut, mengarut smp x tau nak cita apa sebenarnya...
apa2 pon, gud luck buddies for the coming End of Posting (EOP)!!
2nd case write-up jgn lupa hntr pd sy minggu dpn...
(menjalankan tanggungjawab...)
alamak, case x cari lg...hehehehe~~

pssssst.....nak cari CWU breast Ca..tolonglah ada di ward plzzz....

Success is not a destination, it's a journey. Let's strive the best for the End of Posting and let Allah handle the rest. Bittaufiq wannajah fil imtihan! ;)


Monday, November 7, 2011

DIALOG AKAL DAN HATI.....


Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..

Akal : Assalamualaikum, sahabat.
Hati : Waalaikumussalam...
Akal : Apa khabar iman anda?

Hati terdiam...
Akal bertanya sekali lagi.

Akal : Apa khabar iman anda?
Hati : Kurang sihat mungkin.
Akal : Mengapa?
Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...
Akal : Dia yang mana, sahabatku?
Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..
Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.
Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.
Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.
Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.
Akal : Apa makna cinta?
Hati : Kasih dan sayang.
Akal : Bagiku cinta itu gila.
Hati : Mengapa pula?
Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?
Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.
Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?
Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.
Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.
Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?
Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.

Hati terdiam lagi...

Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?
Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?
Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..
Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?

Hati diam dan tertunduk...

Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!

Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...

Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!

ASTAGHFIRULLAH.....


source : ILUVISLAM.com